Mari Bercerita - Payung Teduh
Aku memesan secawan iced caramel macchiato. Dia memesan secawan latte panas. Style orang-orang tua. Aku suka dengan suasana kafe itu pada hari itu. Orang tak terlalu ramai, cuaca tak terlalu panas. Nyaman, seperti di Bandung. Rindu Bandung. Aku sempat menjeling dekorasi kafe itu, di dinding terdapat beberapa lukisan abstrak serta beberapa keping vinyl diletakkan disebuah kabinet kecil. Kata orang, pemilik kafe ini sememangnya seorang yang meminati muzik dan seni, jadi kafe kecilnya di dekorasi dengan hal-hal yang berkaitan dengan muzik dan seni. Jujur, aku kagum. Banyak duit dia. Aku memandang wajah milik jejaka dihadapan ku. Dia kelihatan tenang sambil bermain telefon bimbit dan tidak memandangku, jadi aku ambil kesempatan untuk merenung wajahnya. Keningnya cantik terukir, matanya tidak terlalu sepet dan tidak pula terlalu besar, hidungnya terletak, sesuai dengan struktur mukanya dan membuatkan wajahnya lebih sempurna. Bibirnya kelihatan sedikit kering, mungkin kerana cuaca yang