Meeting new person.



Assalamualaikum.

Recently, aku ada jaga budak budak form 1 kat library. Terpaksa in other word.

Coincidentally, aku cakap pasal dia dengan kawan aku belakang sorang budak form 1 ni.

“Siapa nama betul dia?”

“Polan bin si Polan”

Then budak form 1 tadi tu pusing belakang.

Aku pun kinda terkejut ah.

Dia kata.

“Macam kenallah”

Aku pelik. Reaksi aku tunjuk confused.

“Kenal?”

“Ulang balik nama tadi”

“Polan bin Si Polan”

“Tu abang saya”

“…”

Aku terdiam. Aku terus pandang kawan aku. Kalau nak diceritakan, kawan aku ada tengok muka budak ni.

 Dia kata, muka budak tu serupa sangat dengan dia. Aku geleng; tanda tak setuju.


Terus. Lepas aku gelak, budak tu bertanyakan nama aku. Gelabahnya aku masa tu.

“Farahain” Balasku sambil tersenyum.

Budak tu senyum jugak.

“Panggil je Farah” Kawan aku menambah. Aku tersenyum sendiri.

“Jangan bagitahu abang ye?” Pintaku. Dia mengangguk perlahan.

Aku ceritalah kat akak Pija (one of my beloved non-biological sister) pasal budak tu.

Akak Pija kata…

“Eh, serupalah!”

Serious ke? Aku bermonolog.

Waktu hantar kertas, dia cuma panggil nama aku sedangkan akak Pija dan kawan aku berada betul-betul dihadapan dia.

“Akak Farah!” Dia melayangkan kertas itu. Aku tersenyum. Peramah.

Waktu dia hendak pulang ke kelas, dia berkata kepada akak Pija.

“Akak, tolong kirim salam dekat akak Farah ye? Bye!” Katanya lalu terus berlalu pergi. Sebelum keluar, sempat jugak aku melambai kepadanya.

Tak sampai beberapa minit lepas tu, aku bergerak menuju ke barisan kelas tingkatan satu. Aku panggil budak budak itu supaya turun ke bawah. Waktu berjalan turun, aku ternampak dia didalam kelas sambil tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya.

Bila aku pulang ke rumah, segera aku cerita kepada ibuku.

“Tandanya, jodoh adik dengan abang dia tu panjang lah tu”

Aku tergelak kecil.

Mungkin tidak. Mungkin ya. Atau cuma Allah hendak mengubat rinduku kepada dia.
Entahlah.

Cuma aku amat bersyukur—
Bersyukur kerana aku dapat jumpa dia.

Sekurang-kurangnya terubat rinduku kepada seseorang yang pernah ku kenal (walaupun wajah tidak seiras)

Aku senang mendengar dia memanggil aku sebagai ‘akak’

Muhammad Aiman. 

Comments

Popular Posts