I hateuuu you .



Sila pausekan lagu di blog saya . Dengar lagu ni . Hayati cerita saya .

(http://www.youtube.com/watch?v=ICICweNimvQ&feature=fvst)

Konnichiwa and annyeong . Hai , aku takde mood . Aku sangad-2 terasa dengan crush aku . Bukan sebab dia dah ada makwe or apa-2 pun , tapi sebab dia dah tahu aku minat dia , dan kawan-2 dia mula mencari aku . 

Aku tak tahu mana nak cerita . Haaaaaa , aku rasa sangat tak berguna . Astaghfirullahalazim . Benda ni start semalam . Kawan-2 dia semua cari aku . Kawan aku , Ieman , kena soal mcm-2 pasal aku . Aku kesian kan geng aku . Aku rasa aku trouble maker . Aku rasa sangat bersalah .

Semalam , masa aku balik dari bilik MBMMBI , kawan-2 crush aku ada kat depan tangga . Aku tutup name tag , aku tengok je apa yang kawan-2 crush aku tu tanya Ieman . Masa masuk kelas , aku tanya Ieman .

Aku ; Ieman , dia tanya apa kat awak ?
Ieman ; Oh , dia tanya , kalau saya kenal awak ke tak .
Aku ; Macam mana ?

-------------------------------------------------

Lelaki ; Hai Anis .
Ieman ; Hmmm .
Lelaki ; Anis 2A kan ?
Ieman ; /muka cuak but cool/ Ha , kenapa ?
Lelaki ; Kenal tak Farah ?
Ieman ; /puhh , cuak-2 , still cool/ Tak kenallah .
Lelaki ; Betul ke ?
Ieman ; Betullah . Dalam kelas ada nama Sarah , bukan Farah .
Lelaki ; Oh . Okay . Thanks . Bye Anis .

-----------------------------------------------------

Serious weyh , aku cuak gila nak mampos . Sekarang ni , aku rasa nak menangis je .


Semalam , aku balik dengan Azmer . Aku rasa , aku sangat menyusahkan Fesyara dengan Azmer . Aku takut . Kawan crush aku ada kat mana-2 . Terutamanya , ketua kelas dia .

Harini , aku rehat . Aku pi kantin . Tengah syok-2 makan , ketua kelas dia mcm pandang aku . Aku dah cakap dengan Ieman . Aku , Ieman , Eycah dengan Amen pun dah kabut . Tak tau nak buat apa . Aku rasa mcm nak terjun je dari bangunan . Kalau aku ada kuasa Iron Man , nak je aku terbang pi tempat lain .

Aku pun terus takde mood makan , aku blah laaa . Dengan keadaan yang kelam kabut . Oh maluu sangad .


Aku masuk library . Sebab aku pengawas pusat sumber . Bape minit pastu , Ieman datang library . Dia jaga kawasan bahagian depan tangga , tangga nak pi library , so dekat . Dia panggil aku .

Aku ; Kenapa Man ?
Ieman ; Awak tahu tak , kawan-2 *TUT* duduk belakang kantin selama ni . Dari kita rehat tadi .
Aku ; /muka cuak/ Ya ALLAH , serious Man ?
Ieman ; Serious laaaaa 

Kitorang bising-2 sampai akak library marah kitorang . Sampailah Kak Pija dengan Kak Mimi datang . Diorang tanya " Kenapa " , aku pun bagitau semuanya .

Kak Pija ; Farah minat siapa ?
Aku ; Trutttttt /suara slow/
Kak Mimi and Kak Pija ; Siapa ?
Aku ; Trutttt ! /suara kuat sikit/

Akak Pija nan Kak Mimi pun teringat sesuatu . Diorang panggil crush aku Tom . Aku pun legalah diorang tahu . Kak Mimi kata , jangan takut . Biar je crush kita tahu kita suka dia . Tapi , aku tak suka cara kawan-2 crush aku cari aku . Serious aku kata , sangat annoying .-. 

Lepas tu , Kak Pija kata , kalau dia marah Farah , cari akak . Aku pun angguk-2 jelahhhh . Time aku nak balik library , aku jalan dengan Azmer . Si Afdhal pulak asyik nak kepit dengan fake pakwe aku tu . Adoii , Afdhalll  !

Lepas tu , dalam kelas , kawan-2 aku /FESYARA/ semua heboh pasal tu . Aku dah nak menangis dah . Sarah kata , takpe . Sebab normallah kalau perempuan suka lelaki . Erin pulak kata , Dia patut bersyukur sebab ada org minat muka jambu mcm dia . Ya ALLAH , kalau aku bole ubah takdir , dah lama aku ubah takdir supaya aku tak minat dia .-.

Oh ya , Pasal Azmer . Erin and Sarah cerita , masa aku balik dengan Azmer , kitorang mcm kapel . OMG , aku harap kitorang boleh jadi kapel fake dpn crush aku . Biar dia tak tahu , yang sebenarnya aku suka dia . Pweasseee . Pastu budak tingkatan satu asyik je pandang aku sebab aku balik dengan Azmer . Ya ALLAH . Cukuplahh cuma budak pompuan tu je yang benci aku , sekarang semua budak pompuan tingkatan satu benci aku ke ? Ya ALLAH , apa dosa aku ?



Bila aku cerita kat kakak aku , dia tak abis-2 kata , jangan risau , jangan risau . Kau bole buat apa je Nana ? Kau rapat dengan dia , aku harap kau boleh buat sesuatu .

Bila aku tanya mak aku , mak aku kata , takpelah , takpelah . Lutfil kan ada . Mak , adik tak suka Lutfil . Adik suka crush adik .

Pagi tadi , aku jumpa budak tingkatan satu , yang crush aku suka tu . Time tu pulak aku cakap dengan Eycah nan Sarah pasal Lutfil . Eycah tanya banyak kali " Kau suka siapa " dengan suara yang kuat . Aku pun tak pasan minah bangang tu ada kat belakang , aku pi cakap kuat-2 Lutfil . Ha , amik kau . 

Pastu , time rehat , dia jeling geng aku . FY ! Weyh , aku geram betullah .

2 kali dia jeling geng aku . Aku rasa mcm nak tampar-2 je dia . Fuhhh , Alhamdullilah , ALLAH kasi aku kekuatan . 

Aku harap , crush aku tu tak buat mcm ni lagi . Aku takut , setiap hari aku berdoa supaya geng dia tak buat mcm tu lagi . Bila Ieman nak tanya geng dia pasal aku , geng dia marah Ieman . Aku rasa bersalah . Hari-hari . Aku takut jumpa semua orang , aku takut bila naik dan turun tangga . Aku takut nak keluar kelas . Aku takut nak keluar surau , aku takut keluar makmal . Aku takut . Aku harap ada Hoya kat sebelah aku . aku harap sesangat . Chagiyaaaaaaaaaaaaaaaaa ;________; I need youuuuuu .


Nak je aku menjerit depan crush aku , nak je aku tengking dia . Nak je aku piat-2 telinga dia . Pagi tadi aku jumpa dia , dia dah potong rambut :') Okay , handsome . 


Dear crush , saya tahu , awak nak cari saya . Saya dengar , awak bergaduh dengan awek awak . Saya mintak maaf . Mungkin sebab saya , awak bergaduh . Tapi , saya tak suka awak buat saya macam ni . Awak kejar saya , awak cari saya , macam nak bunuh saya . Saya cuba lari , tapi awak masih nak cari saya . Percayalahh , saya tak nak awak buat mcm ni . Haram ke saya minat orang ? Dosa ke saya minat awak ? Dosa ke ? 


Saya nak bagitahu awak satu benda . Saya tak nak couple dengan awak , saya tak nak kahwin dengan awak pun . Harapan saya cuma nak jadi kawan awak je . Nak jadi kawan rapat awak . Saya harap awak tahu . Thanks .


Comments

Popular Posts